Operasi Al Jazeera

Pusat operasi utama dan pusat penyiaran Al Jazeera terletak di Doha, Qatar dan disokong oleh lebih 40 jabatan biro berita antarabangsa. Kebanyakan jabatan biro berita Al Jazeera berada di Timur Tengah dan benua Afrika.

Matlamat utama Al Jazeera adalah untuk beroperasi sepenuhnya melalui pendapatan pengiklanan menjelang tahun 2001. Walau bagaimanapun, saluran berkenaan gagal mencapai matlamat tersebut dan Emir Qatar bersetuju untuk terus menyalurkan sumbangan dana dan subsidi bagi membiayai operasi saluran tersebut setiap tahun. Pendapatan utama lain termasuk pengiklanan, yuran langganan, perjanjian penyiaran dengan syarikat lain dan jualan kandungan. Pada tahun 2000, pengiklanan telah menyumbang sebanyak 40% daripada jumlah keseluruhan pendapatan Al Jazeera.